Kesalahan yang Mungkin Tidak Kita Sedari di dalam Bacaan Al-Fatihah
Al-Fatihah merupakan surah yang kita bacakan setiap hari sekurang-kurangnya 17kali sebagai rukun di dalam solat fardhu.Maka apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat kita. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah tanpa kita sedari, kita mungkin menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Kelalaian kita banyak berpunca dari kurangnya penguasaan tajwid. Berikut merupakan nama syaitan laknat beserta kesalahan makna yang akan muncul didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati di dalam bacaan kita.
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya 'DULILLAH'
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya 'HI ROB'
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya 'KI YAU'
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya 'KA NAK'
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya 'KA NAS'
6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya 'IYYA'. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) 'SIROTHOLLAZI.............' sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
Semoga dengan ini solat kita bertambah baik dan diterima oleh Allah. InsyaAllah perlahan-lahan kita pelajari dan dapat memperbaiki satu demi satu kelemahan kita di dalam amalan kita.

