0

Hal-Hal Makruh dan Membatalkan Solat

Posted by iLy@s isM@iL on 1:25 AM in , ,

Hal-hal Yang Dimakruhkan Dalam Solat

1. Mengalihkan pandangan ke atas. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Apa yang membuat orang-orang itu mengangkat penglihatan mereka ke langit dalam solat mereka? Hendaklah mereka berhenti dari hal itu atau (kalau tidak), niscaya akan tersambar penglihatan mereka."
( HR. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkannya dengan makna yang sama).

2. Meletakkan tangan di pinggang. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah SAW meletakkan tangan di pinggang ketika solat. (Muttafaq alaih).

3. Menoleh atau melirik, terkecuali apabila diperlukan. Hal ini berdasarkan perkataan Aisyah ra. Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang seseorang yang menoleh dalam keadaan solat, beliau menjawab:

"Itu adalah pencurian yang dilakukan syaitan dari solat seorang hamba."
(HR. Al-Bukhari dan Abu Daud, lafazh ini dari riwayatnya).

4. Melakukan pekerjaan yang sia-sia, serta segala yang membuat orang lalai dalam solatnya atau menghilangkan kekhusyu'an solatnya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

"Hendaklah kamu tenang dalam melaksanakan solat." (HR. Muslim).

5. Menaikkan rambut yang terurai atau melipatkan lengan baju yang terulur. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota badan dan tidak boleh melipat baju atau menaikkan rambut (yang terulur)." (Muttafaq alaih).

6. Menyapu kerikil yang ada di tempat sujud (dengan tangan) dan meratakan tanah lebih dari sekali. Hal ini berdasarkan hadits Rasulullah SAW:

"Dari Mu'aiqib, ia berkata, ' Rasulullah SAW menyebutkan tentang menyapu di masjid (ketika solat), maksudnya menyapu kerikil (dengan telapak tangan). Beliau bersabda, 'Apabila memang harus berbuat begitu, maka hendaklah sekali saja." (HR. Muslim).

"Dari Mu'aiqib pula, bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang seseorang yang meratakan tanah pada tempat sujudnya (dengan telapak tangan), beliau bersabda, 'Kalau kamu melakukannya, maka hendaklah sekali saja." (Muttafaq alaih).

7. Mengulurkan pakaian sampai mengenai lantai dan menutup mulut (tanpa alasan).

"Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, 'Rasulullah SAW melarang mengulurkan pakaian sampai mengenai lantai dalam solat dan menutup mulut." (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan lainnya, hadits hasan).

Adapun jika menutup mulut karena hal seperti menguap ataupun yang lainnya maka hal tersebut dibolehkan sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits.

8. Solat di hadapan makanan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Tidak sempurna solat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan." (HR. Muslim).

9. Solat sambil menahan buang air kecil atau besar, dan sebagainya yang mengganggu ketenangan hati. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Tidak sempurna solat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan dan solat seseorang yang menahan buang air kecil dan besar." (HR. Muslim).

10. Solat ketika sudah terlalu mengantuk. Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila salah seorang di antara kamu ada yang mengantuk dalam keadaan solat, maka hendaklah ia tidur sampai hilang rasa ngantuknya. Maka sesungguhnya apabila salah seorang di antara kamu ada yang solat dalam keadaan mengantuk, dia tidak akan tahu apa yang ia lakukan, barangkali ia bermaksud minta ampun kepada Allah ternyata dia malah mencerca dirinya sendiri." (Muttafaq alaih).

Hal-hal Yang Membatalkan Solat

Solat seseorang akan batal apabila ia melakukan salah satu di antara hal-hal berikut ini:

1. Makan dan minum dengan sengaja. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya di dalam solat itu ada kesibukan tertentu." (Muttafaq alaih). Maksudnya orang yang solat seharusnya hanya berkonsentrasi pada solatnya saja dan mengesampingkan perbuatan yang lain. (pen.)

2. Berbicara dengan sengaja, bukan untuk kepentingan dalam pelaksanaan solat

"Dari Zaid bin Arqam, ia berkata, 'Dahulu kami berbicara di waktu solat, salah seorang dari kami berbicara kepada temannya yang berada di sampingnya sampai turun ayat: 'Dan hendaklah kamu berdiri kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyu' (Al-Baqarah : 238), maka kami pun diperintahkan untuk diam dan dilarang berbicara." (Muttafaq alaih).

Dan juga sabda Rasulullah SAW
"Sesungguhnya solat ini tidak pantas ada di dalamnya percakapan manusia sedikit pun." (HR. Muslim).

Adapun pembicaraan yang maksudnya untuk membetulkan pelaksanaan solat, maka hal itu diperbolehkan seperti membetulkan bacaan (Al-Qur'an) imam, atau imam setelah memberi salam kemudian bertanya apakah solatnya sudah sempurna, apabila ada yang menjawab belum, maka dia harus menyempurnakannya. Hal ini pernah terjadi terhadap Rasulullah SAW, kemudian Dzul Yadain bertanya kepada beliau, 'Apakah Anda lupa ataukah sengaja
meng-qasar solat, wahai Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, 'Aku tidak lupa dan aku pun tidak bermaksud meng-qasar solat.' Dzul Yadain berkata, 'Kalau begitu Anda telah lupa wahai Rasulullah. 'Beliau bersabda, 'Apakah yang dikatakan Dzul Yadain itu betul? Para sahabat menjawab, 'Benar. ' Maka beliau pun menambah solatnya dua
rakaat lagi, kemudian melakukan sujud sahwi dua kali. (Muttafaq alaih).

3. Meninggalkan salah satu rukun solat atau syarat solat yang telah disebutkan di muka, apabila hal itu tidak ia ganti/ sempurnakan di tengah pelaksanaan solat atau sesudah selesai solat beberapa saat. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW terhadap orang yang solatnya tidak tepat.

"Kembalilah kamu melaksanakan solat, sesungguhnya kamu belum melaksanakan solat." (Muttafaq alaih).

Lantaran orang itu telah meninggalkan toma'ninah dan i'tidal. Padahal kedua hal itu termasuk di dalam rukun.

4. Banyak melakukan gerakan, kerana hal itu bertentangan dengan pelaksanaan ibadah dan membuat hati dan anggota tubuh sibuk dengan urusan selain ibadah. Adapun gerakan yang sekadarnya saja, seperti memberi isyarat untuk menjawab salam, membetulkan pakaian, menggaru badan dengan tangan, dan yang seumpamanya, maka hal itu tidaklah membatalkan solat.

5. Tertawa sampai terbahak-bahak. Para ulama sepakat mengenai batalnya solat yang disebabkan tertawa seperti itu. Adapun tersenyum, maka kebanyakan ulama menganggap bahwa hal itu tidaklah merosak solat seseorang.

6. Tidak berurutan dalam pelaksanaan solat, seperti mengerjakan solat Isya sebelum mengerjakan solat Maghrib, maka solat Isya itu batal sehingga dia solat Maghrib dulu, kerana berurutan dalam melaksanakan solat-solat itu adalah wajib, dan begitulah perintah pelaksanaan solat itu.

7. Terlupa, seperti menambah solat menjadi dua kali ganda, iaitu solat Isya' lapan rakaat, kerana
perbuatan tersebut merupakan indikasi yang jelas, bahawa dia tidak khusyu' yang mana hal ini merupakan kepentingan di dalam solat.

ps: Thanks for this topic you gave us at the last tazkirah. Hope we can all improve more.....


0 Comments

Copyright © 2009 JuSt AnotHeR StoRy oF MiNe All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.