0

Penerimaan Islam Secara Mutlak

Posted by iLy@s isM@iL on 1:42 AM in ,
Sewaktu zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat baru memeluk agama Islam dan mendapat seruan supaya pergi berperang bersama Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat lain. Akhirnya beliau mati syahid dalam peperangan tersebut. Rasulullah mengatakan bahawa beliau akan masuk syurga walaupun beliau tidak sempat untuk bersembahyang.

Begitulah kemuliaan Islam. Allah menyucikan segala dosa yang dilakukannya sebelum beliau memeluk Islam dan memuliakan beliau dengan syurga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Islam menghapuskan dosa sebelumnya." Musnad Imam Ahmad-Hadis Amru bin al-Aas


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Katakanlah kepada orang-orang kafir: "Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang lalu; dan jika mereka kembali lagi sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunah (Allah terhadap) orang-orang dahulu".
(Surah al-Anfall: ayat 38)

Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabnya (Ali Imran: ayat 19)

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah menyerahkan diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan (Ali Imran: ayat 83)


Daripada ayat-ayat di atas, jelas Allah SWT mengampunkan semua dosa orang yang kafir setelah memeluk agama Islam. Tetapi mereka akan menerima azab yang pedih seperti mana umat-umat yang terdahulu sekiranya mereka berbalik kepada kekufuran.

Alhamdulillah kita haruslah bersyukur kerana dikurniakan dengan nikmat Islam. Sesungguhnya itulah nikmat yang paling besar yang Allah berikan kepada kita semua. Betapa takutnya kita jika sebelum ajal kita iman kita ditarik dan mati dalam kekufuran. Moga iman kita akan sentiasa terpelihara dan bertambah dari semasa ke semasa.

Wallahualam~~~

0 Comments

Copyright © 2009 JuSt AnotHeR StoRy oF MiNe All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.