5

Buatmu Ibu

Posted by iLy@s isM@iL on 4:47 PM

Ingatkah engkau....

Ketika Ibumu rela tidur tanpa selimut
demi melihatmu tidur nyenyak dengan dua selimut membalut tubuhmu

Ingatkah engkau....
Ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu?

....dan ingatkah engkau

Ketika air mata menitis dari mata ibumu di kala melihat engkau terbaring sakit?


Ingatkah engkau...

Akan ibumu yang sentiasa menitiskan air matanya

Mendoakan kesejahteraanmu tidak kira di waktu siang dan malam harinya


Kenanglah ibu yang menyayangimu


Untuk Ibu yang menitiskan air mata ketika engkau pergi...


Di kala ini......

Ingin sekali aku kembali

Menjenguk ibuku yang sentiasa menantikan kepulanganku

Di rumah tempat ku dibesarkan


Di kala ini.....
Ingin sekali aku kembali

Memohon maaf di atas semua kesalahanku

Pada ibuku yang selalu merenungku dengan senyuman


Mak....

Selamat Hari Lahir buat Mak

Tidak akan Ilyas lupakan segala jasa Mak....

Segala budi Mak mendidik dan membesarkan Ilyas sejak dari kandungan Mak lagi...
Ilyas berada di sini kerana adanya Mak...

Ilyas berdiri di tempat Ilyas berada sekarang juga kerana Mak...


Mak.....
Ilyas sentiasa mendoakan kesejahteraan Mak

Ilyas sentiasa mendoakan kebahagiaan Mak


Mak....

Di hari lahir mu ini.....

Ingin Ilyas ucapkan Ilyas bersyukur menjadi anak kepada seorang ibu yang sungguh baik Yang membesarkan Ilyas sejak kecil
Dan mendidik Ilyas menjadi seperti apa yang Ilyas ada sekarang

Mak....
TERIMA KASIH MAK

Ilyas akan berusaha membalas jasa mak

Walaupun tidak mungkin akan terbalas segala jasa mak

Kerana jasa seorang ibu terlalu besar terhadap anaknya


-SELAMAT HARI LAHIR BUAT IBUKU YANG TERCINTA-

0

Taubat

Posted by iLy@s isM@iL on 5:12 AM in ,
Wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinar Mu

Wahai Tuhan aku lemah
hilang dilumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi izinkanlah
aku kembali kepadamu
meski mungkin tidak akan sempurna
aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
Maha Pengampun Dosa

Berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali......

Dan meski aku tidak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku......

0

Penerimaan Islam Secara Mutlak

Posted by iLy@s isM@iL on 1:42 AM in ,
Sewaktu zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat baru memeluk agama Islam dan mendapat seruan supaya pergi berperang bersama Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat lain. Akhirnya beliau mati syahid dalam peperangan tersebut. Rasulullah mengatakan bahawa beliau akan masuk syurga walaupun beliau tidak sempat untuk bersembahyang.

Begitulah kemuliaan Islam. Allah menyucikan segala dosa yang dilakukannya sebelum beliau memeluk Islam dan memuliakan beliau dengan syurga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Islam menghapuskan dosa sebelumnya." Musnad Imam Ahmad-Hadis Amru bin al-Aas


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Katakanlah kepada orang-orang kafir: "Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang lalu; dan jika mereka kembali lagi sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunah (Allah terhadap) orang-orang dahulu".
(Surah al-Anfall: ayat 38)

Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabnya (Ali Imran: ayat 19)

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah menyerahkan diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan (Ali Imran: ayat 83)


Daripada ayat-ayat di atas, jelas Allah SWT mengampunkan semua dosa orang yang kafir setelah memeluk agama Islam. Tetapi mereka akan menerima azab yang pedih seperti mana umat-umat yang terdahulu sekiranya mereka berbalik kepada kekufuran.

Alhamdulillah kita haruslah bersyukur kerana dikurniakan dengan nikmat Islam. Sesungguhnya itulah nikmat yang paling besar yang Allah berikan kepada kita semua. Betapa takutnya kita jika sebelum ajal kita iman kita ditarik dan mati dalam kekufuran. Moga iman kita akan sentiasa terpelihara dan bertambah dari semasa ke semasa.

Wallahualam~~~

0

Takutkan Allah S.W.T

Posted by iLy@s isM@iL on 6:50 PM in ,
Takutnya Para Malaikat:

Jabir r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pada malam Aku diisrakkan, Aku melihat Jibril a.s seperti bekas air yang diperbuat daripada kulit biri-biri yang lusuh dan yang usang kerana takutkan Allah SWT."

Satu riwayat menceritakan bahawa Jibrail a.s telah datang kepada Nabi SAW dalam keadaan menangis. Lalu baginda bertanya, "Apakah yang menyebabkan engkau menangis?" Jibrail menjawab, "Semenjak Allah menciptakan neraka Jahanam, airmataku tidak pernah kering kerana bimbang aku akan melakukan dosa dan seterusnya akan dilontar ke dalamnya"

Takutnya Nabi Muhammad SAW:

Daripada Aisyah r.a katanya, "Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW ketawa sehingga nampak anak tengkoknya. Baginda hanya senyum sahaja. Apabila baginda melihat awan mendung dan angin kencang, aku melihat air mukanya berubah. Lalu aku bertanya, Wahai Rasulullah! Apabila orang ramai melihat awan mendung, mereka akan bergembira kerana mengharapkan hujan turun, tetapi engkau sebaliknya. Apabila engkau melihatnya, aku dapati riak wajahmu menampakkan rasa tidak senang dan bimbang." Lalu Nabi SAW bersabda, "Wahai Aisyah! Apakah yang menjamin kepadaku bahawa ia tidak datang bersama azab dengan angin." Satu kaum lagi berkata apabila melihat, "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kita."

Takutnya Para Sahabat r.a:

Ketika Umah bin al-Khattab r.a mendengar ayat-ayat al-Quran, beliau jatuh sakit dan diziarahi beberapa hari. pada suatu hari, beliau mengambil segenggam jerami gandum dan berkata, "Alangkah baiknya jika aku menjadi seperti jerami ini. Alangkah baiknya aku tidak menjadi sesuatu yang bernilai dan alangkah baiknya kalau ibuku tidak melahirkan aku." Pada wajahnya terdapat dua jalur hitam kesan dari tangisannya.

Ketika Sufyan al-Thauri sedang nazak, beliau mula menangis. Seorang lelaki berkata padanya, "Wahai Abu Abdullah, aku melihat (tangisan kamu ini) mungkin kerana kamu banyak dosa." Lalu Sufyan mengambil sedikit tanah dan berkata, "Demi Allah, dosaku lebih ringan pada sisiku daripada tanah ini, tetapi sebenarnya aku takut dicabut imanku sebelum aku mati."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah hebatnya kehebatan iman dan perasaan takutkan Allah para malaikat, Nabi SAW dan para sahabat. Sedangkan para malaikat sentiasa mengikut perintah Allah dan Nabi SAW adalah nabi yang maksum (terpelihara dari melakukan dosa). Para sahabat juga adalah dari kalangan yang sentiasa bersama Nabi SAW dan mempunyai kekuatan iman yang sangat tinggi. Jika dibandingkan dengan diri kita ini, adakah kita mampu mencapai tahap itu sedangkan dosa yang kita lakukan tidak terkira banyaknya. Tidak terdetikkah di hati kita perasaan takut di atas segala dosa yang kita lakukan.

Hayatilah ayat di bawah ini.

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Mulk: ayat 12)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka; Mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga malam." Sunan At-Tarmizi.

Moga kita diberi hidayah dan petunjuk olehNya. Kita adalah hambaNya dan padaNya lah juga kita akan kembali.

Wallahualam~~

0

Kelebihan Solat di Saf Pertama

Posted by iLy@s isM@iL on 5:23 AM in , ,
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W bersabda, "Seandainya orang ramai mengetahui betapa besarnta pahala azan dan merapati saf yang pertama (di masa solat berjemaah), kemudian mereka tidak menemui jalan untuk memperolehinya melainkan dengan membuat undi (giliran), nescaya mereka akan berbuat demikian. Juga seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala segera (pergi ke masjid) untuk melakukan solat berjemaah, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Demikian pula sekiranya mereka mengetahui betapa besar pahala solat Isya dan Subuh dengan berjemaah. Mereka akan datang untuk menghadirinya sekalipun merangkak-rangkak". Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhannya?" Kami bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tuhan?" jawab Nabi,"Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan." Riwayat Muslim.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Baginda bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Rasulullah menjawab, "Ya, juga saf kedua." Riwayat Ahmad.

Daripada 'Irbadh bin Sariyah bahawa
Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali. Riwayat Ibnu Majah.

Kesimpulan yang dapat kita perolehi dari hadis-hadis di atas.

1- Mereka yang memenuhi saf paling depan ketika solat adalah sama dengan saf para malaikat. Betapa beruntungnya kerana malaikat sentiasa menjaga kesempurnaan saf mereka dan saf para malaikatini hampir dengan Allah S.W.T. Maka tidakkah bagi mereka yang solat di saf hadapan adalah orang yang paling hampir dengan Allah.

2- Makna selawat Allah atas mereka (yang berada di saf pertama) ialah tazkiyah(penyucian daripada dosa-dosa) terhadap mereka. Selawat para malaikat pula ialah doa dan pemohonan keampunan.


3- Rasulullah S.A.W sendiri memohon keampunan bagi orang yang berada di saf pertama. Tidakkah kita sangat bahagia sekiranya orang yang paling mulia di atas muka bumi ini memohon keampunan untuk kita.


Solat berjemaah sudah dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda. Beruntunglah bagi mereka yang mengerjakan solat berjemaah dan mengejar saf paling hadapan. Bersama-samalah kita berusaha mengejar saf paling hadapan di dalam solat. InsyaAllah

Wallahualam~~~~

0

Syubahah

Posted by iLy@s isM@iL on 4:45 AM in ,
I've read it somewhere before and I would like to share it with the readers..

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata:

Saya mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubahah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang ramai. Maka siapa yang takut terhadap syubahah bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubahah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahawa dia adalah hati “.

Ya Allah. Dari ayat di atas, berapa orangkah dari kita yg mngendahkan perkara2 syubahah ini. Terasa takut juga bila mengenangkan diri sendiri juga pernah mengambil makanan2 dari kalangan syubahah.

InsyaAllah moga selepas ini terelak kita dr perkara2 ini. 'Mencegah lebih baik dari memperbaiki...' Guess its better to avoid. Even kadang kala terliur juga mengidam makanan2 tertentu yang susah kita nk dapat di perantauan ini. Tapi apalah makna semuanya itu berbanding dengan kesan yang mungkin akan kita terima kelak.

1

Quick Update

Posted by iLy@s isM@iL on 2:12 AM
Yosh...Such a long time since my last post. Actually I'm a bit busy finishing my assignment. Blame this semester for having 2 experiments. Which mean 2 experiment reports. Im becoming nerd staying at home doing my assignment from day to day. But yeah NERD IS COOL...( pinjam statement someone...)

When Im stress, I often took the train and just randomly drop by at any station. Bringing my phone to listen to some music, book to read in train and my DSLR, I went for a journey to search for any view possible to take pictures, not knowing anything special about the place I visit.

Im planning on moving to a new house the end of this month. Because of that, the money I save for other plans have to be use to pay for the house. And Im dead broke....!!! With no money, plus the pressure from lectures,test and experiment, I have lost a way to release my stress. No money means no going anywhere. Just sitting at home doing nothing. Seating just looking at the wall and listening to music. Such a boring life rite.

And all the plan had to be cancel. No USJ...No Kansai...and maybe no Tokyo this winter break. But think positively. Im moving to a bigger house. I've been admiring all the people with a big room having a chance to design their room and buying any furniture they want. Yes I've been dreaming to do that myself to my own room. Can't wait to move. But to carry all the stuff to a new house must be tiring...Well slow2 le kan start dari sekarang.....

ps:
musim moody ku ke sekarang asyik pressure jer...
nape sume org pun mcm sedih je skrang.....kesejukan mbawa mood sedihkah....

Copyright © 2009 JuSt AnotHeR StoRy oF MiNe All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.